PELAN GENTIAN OPTIK DAN KESALINGHUBUNGAN NEGARA (NFCP)
Apakah itu NFCP?
Ia merupakan satu pelan yang bertujuan untuk menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik bagi kesejahteraan Rakyat dan kemajuan negara. Kerajaan telah meluluskan budget sebanyak RM21.6 billion untuk menaik-taraf 3.5 juta premis rumah kediaman dan pernigaan kepada GIGABIT FIBER dalam masa 5 tahun (2019-2023).
Sasaran NFCP
> Pakej permulaan jalur lebar talian tetap pada kadar 1% Pendapatan Negara Kasar (PNK / GNI) menjelang tahun 2020
> Ketersediaan kelajuan Gigabit di kawasan perindustrian terpilih menjelang 2020 dan ke semua Ibu Negeri menjelang tahun 2023
> 100% premis di Ibu Negeri dan kawasan berimpak tinggi terpilih, seperti hab pengangkutan awam dan pelabuhan, tersedia dengan capaian minima 500Mbps menjelang tahun 2021
> 20% premis di kawasan pinggir bandar dan luar bandar tersedia dengan capaian sehingga 500Mbps menjelang tahun 2022
> Rangkaian gentian optik meliputi 70% sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos menjelang tahun 2022
> Kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2023
> Penambahbaikan kepada liputan perkhidmatan mudah alih di sepanjang lebuhraya Pan Borneo (setelah selesai pembinaan)
iFIBER - RANGKAIAN GIGABIT FIBER TERBUKA
iFIBER adalah sebuah syarikat infrastruktur fiber optik yang membina dan menyelenggara rangkaian Gigabit FIBER Terbuka ("Open Access Network"). iFIBER bukan syarikat ISP tetapi syarikat yang membina rangkaian infrastruktur Gigabit Fiber Terbuka. iFIBER berkerjasama dengan beberapa pembekal perkhidmatan internet(ISPs) untuk menawarkan pelbagai produk kepada pengguna kami di pelbagai kawasan di Malaysia.
IFIBER telah membuka pendaftaran rangkaian GIGABIT FIBER. Anda perlu mengambil kaji selidik dan survey kami, untuk anda menunjukkan kepada kami di mana kawasan permintaan tinggi untuk dapatkan perkhidmatan Gigabit FIBER menjadi pilihan. Jika komuniti anda telah mencapai 30% permintaan untuk GIGABIT FIBER, pihak iFIber akan membina rangkaian fiber Gigabit Internet dikawasan komuniti anda.
GIGABIT FIBER UNTUK RAKYAT MALAYSIA !!!
iFIBER CHAMPION - Daftar sebagai Rakan CHAMPION untuk Komuniti Gigabit Fiber anda
Kami mencari Rakan Champion dikalangan komuniti anda. iFiber memerlukan pelanggan pra-komited untuk mewajarkan membangunkan rangkaian GIGABIT FIBER di kawasan kejiranan anda. Cara terbaik untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih cepat adalah untuk menyebarkan kebaikan Gigabit City dikomuniti anda.
Anda sebagai Rakan Champion akan kami lantik sebagai DUTA kami!
Masukkan semua orang dalam: Kongsian di Media Sosial